ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

harini merupakan hari yang malang kepada aku..kasut dr cardin aku kena curi masa aku tengah solat magrib kt masjid jamek kampung baru..sedih hati aku bila kuaq dari masjid tengok kasut aku dah xder..nak nangis ooo, kasut tu je yang aku ada sekarang..

aku cuba gak cari kasut aku tu, aku pusing masjid tu tgk kot la ada org teramik, salah letak ke..mmg xder..aku dengan kaki ayam je..pastu ada seorang hamba Allah datang, dia suruh amik selipar jepun yg org tinggal untuk aku pakai sementara..

hamba Allah tu cite kt aku kalau hari jumaat lagi bnyak kejadian hilang kasut ni kt masjid tu..dengan sedihnya aku pakai la selipar jepun tu untuk sementara..di bulan yang mulia mcm ni pun ada org wt keja mencuri ni..kt rumah Allah pulak tu..

aku berasa agak kesal jugak sbb kejadian ni berlaku di kawasan yang majoriti melayu..sebelum tu aku solat asar kt masjid india, kasut aku xilang pun dan xdak org teringin nak amik..

kepada kawan2ku, aku pesan jaga lah kasut anda bila masuk masjid tu, terutama kt masjid jamek kampung baru..biaqla kat aku je jadi, jgn korang semua..manusia di malaysia ni ketamadunannya masih kurang..

sekian…..
dari ZULCAR9