January 25, 2009

balik rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Akhirnya aku sampai jugak rumah aku kat sungai petani, kedah..hari ni 25 jan 2009, ahad, tarikh tiket bus aku..aku terpaksa balik ke kedah ari ahad, agak lewat sikit dari orang lain, tiket bus ari jumaat n sabtu dah abis..ramai balik hari jumaat n sabtu..aku ja yang lewat sikit..tapi xpa, aku xkisah sangat asal dapat balik jugak..

tiket bus aku kul 10.30pagi..pagi-pagi lagi aku dah kuaq kolej, lebih kurang dalam kul 7.30 kot, aku pun xpasti sbb xtengok jam waktu tu..sunyi sepi ja um masa tu..nak tggu bus takut xdk bus pilak..aku pun decide jalan ke stesen U, masa dok jalan tu bus datang trus naik dengan tiga beg kecik aku..pastu amik train pi masjid jamek..

sampai ja kt masjid jamek keadaan sama mcm dalam um jugak sunyi..ramai dah yang tinggalkan KL semperna cuti raya cina ni..nama je cuti raya cina tapi yang melayu n india pun sibuk jugak..sibuk apa?? sibuk nak balik kampung jugak,hehehe..termasukla aku sendiri..aku jalan terus pi puduraya..

bas ke utara kena naik kat jalan duta..dari puduraya tu aku naik plak shuttle bas, kena bayaq dua ringgit..dalam hati aku cakap 'dua ringgit plak, dah trun ka, dlu masa raya puasa kena sampai tiga ringgit'..aku sampai kt duta awal gila, kul 8 lebih..aku tggu la sorang2 kt situ smpai kul 10.30pg..aku sampai kat sp kul 4ptg..letih jgak perjalanan tadi..tapi dah biasa..

xdak yang menarik pun yang nak aku ceritakan cuma aku isikan masa ni dengan menulis sahaja..

sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

January 23, 2009

alahai kompang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

semalam aku turun training softball kat gelanggang serbaguna..kecewa jugak la aku malam tu sebab aku n elie je yang turun training, yang lain xturun pun training..rasanya aku dah bagitau depa semua suruh turun training malam tu kalau xhujan, tapi xder pun yang turun..so aku pun trainingla sikit2 dengan elie.. kami berdua ja.

dekat sejam jugak kami dua training, pastu bosan dah sebab dua orang kami je..masa dok training tu budak softball pompuan pun training gak, budak kompang pun training gak..aku ngan elie pun berenti training pastu pi dekat budak kompang.asalnya saja ja nak tengok depa main, pastu aku gatai tangan amik kompang, suruh budak2 kompang ajaq cara main..

depa pun ajaq la aku main, main yang paling senang, tujuh sembilan. aku pun try la..kekok aku masa main tu sampai tergelak-gelak aku..tengok budak2 kompang main senang ja, tapi bila main susah jugak..seronok jugak dapat gak rasa main tu masa zaman belajaq ni..


sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

January 22, 2009

cuti raya cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Esok (23 Jan) adalah hari terakhir kuliah sebelum semua IPTA/S mula bercuti semperna tahun baru cina..Kebanyakan Universiti cuti selama seminggu dikira sekali cuti mid sem..Mesti ramai pelajar akan balik ke kampung masing-masing xkira la yang sambut tahun baru cina ataupun tidak..

Pagi tadi lagi aku dah nampak ada pelajar yang dah mula pulang ke kampung, mungkin sebab kelas esok dah xder kot. Petang tadi lagi ramai yang dah mula balik dan aku jangkakan esok bertambah ramai lagi yang akan pulang ke kampung..

Aku ada lalu kat area puduraya pagi tadi dan aku tengok shuttle bus pun dah ada kt situ..bagi sapa yang nak balik ke utara kena naik bus kat jalan duta, bagi yang balik ke selatan kena naik bus kat puduraya..pantai timur pula tempat biasala kat stesen putra..aku rasa sapa yang dok kat KL ni dah sedia maklum bila tiba hari raya..

Aku pula akan menuju ke utara sebab rumah aku kat kedah, tapi aku xdapat balik esok sebab tiket bas habis untuk hari jumaat dan sabtu. yang tinggal tiket hari ahad ja. aku xdak pilihan amik jugak tiket hari ahad pagi..aku xkisah sangat kalau lambat sikit, asalkan aku dapat balik rumah n dapat jumpa family aku..tu yang penting..

Kepada sesiapa yang sama mcm aku tu harap bersabar jela noh..pelajar yang akan pulang ke rumah masing-masing esok, jalan bebaik, jaga diri anda..masa naik kenderaan tu jangan lupa baca doa semoga selamat sampai rumah masing-masing..jangan seronok sangat dengan cuti tu..buat menda yang paedah masa cuti..

Kepada kaum cina aku ucapkan selamat tahun baru cina..have a nice holiday..

sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin

January 21, 2009

Obama bukan Zulkarnain

Oleh : Muhammad Ibn 'Az

Pada ketika posting ini ditulis selepas solat Maghrib, 20 Januari 2009, channel 511 CNN sedang memaparkan ke seluruh dunia persediaan bagi upacara angkat sumpah bagi Barrack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika ke 44. Angka 44 bagi mana-mana pihak yang mengimani Feng shui, membawa kepada kematian berganda.

Muslim tidak pernah peduli dengan semua ketaksuban tentang nombor tersebut. Waktu ini, dipaparkan di dalam CNN subuh hampir menjelma di sana. Bagi mana-mana negara, subuh ialah waktu yang menandakan permulaan hari baru. Manusia biasa menunggu subuh sebelum berbuat sesuatu perkara untuk hari tersebut. Tetapi kali ini, seluruh dunia menunggu subuh yang muncul di Washington. Kali ini semua mata tertumpu kepada terbitnya mentari pagi di Washington.


Semenjak manusia mengambil tahu mengenai turun naiknya matahari, cuma pada hari ini naiknya matahari di negara antara yang paling Barat ditunggu di seluruh dunia. Matahari naik yang juga menjadi logo kempen Obama. Jika dahulu, Zulkarnain melihatkan matahari terbenam di atas suatu kaum di atas laut berlumpur hitam sepertimana yang tercatat di dalam surah al Kahfi ayat 86. Banyak mufassir (ahli tafsir) mencadangkan nama-nama tempat di mana peristiwa ini berlaku, tetapi ianya kekal cadangan kerana yang lebih mengetahui hanyalah Allah. Syed Qutb menolak untuk memperjelaskan melalui kisah-kisah Israeliyyat mengenai perkara ini. Tetapi dia mencadangkan satu tempat dipinggir lautan Atlantik. Itu semua juga tidak penting. Yang penting dari kisah Zulkarnain ini ialah pengajaran yang harus di ambil dari salah seorang Hamba Allah yang diberikan Allah jalan kuasa yang membawanya menguasasi Timur dan Barat. Pengajaran yang utama ialah, di mana saja penguasa ini pergi, keadilan, berhukum dengan betul serta kemakmuran di dalam keselamatan yang ditawarkannya merupakan agendanya yang paling penting dan diutamakan. Itu Zulkarnain. Tetapi lebih kurang 3 jam dari waktu posting ini ditulis, Barrack Hussein Obama akan mengangkat sumpah. Sumpah yang diikrarkannya akan menjadikannya orang yang paling berkuasa di dunia. Tapi Obama bukan Zulkarnain.

Kita tidak menilaikannya melalui janji dan kata-kata. Kita tidak menilaikannya melalui karektor dan fenomena luarbiasa yang melanda Amerika yang menyokongnya. Kita menilaikannya melalui perbuatannya nanti. Kita juga tidak lupakan bagaimana dia menikus di Hawaii ketika saudara kita disembelih di Palestin.

Sesuatu yang menghairankan ialah, kenapa tiba-tiba sahaja Israel mahukan gencatan senjata. Gencatan senjata bagi memberi sedikit ruang bernafas kepada Obama di hari angkat sumpahnya. Dijauhkan demonstrasi dari perhimpunan raksasa tersebut dan memberi ruang kepada Amerika berpesta sebentar dikala Palestin dilupakan dunia. Kita tidak melupakan dosa mereka menghalalkan binatang haram zionis menyembelih saudara kita.

al Baqarah 120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka . Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Harapan tetap harapan, tetapi letakkanlah harapan pada yang boleh diharap. Semoga Allah menyatukan kita semua untuk bangkit kembali sebagai satu ummah. Ameen.

Gambar kanak-kanak Palestin ini merupakan sebahagian dari banyak email yang masuk ke kotak email saya sebelum ini. Ini kiriman ABJ. Terima kasih kerana berkongsi. Kita tidak melupakan mereka. Siapa saja di Rumah Putih, darah kanak-kanak ini seharusnya ditebus suatu hari nanti. InsyaAllah..

aku petik darpada satuhala.blogspot.com

January 20, 2009

pilihanraya kampus di UM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertamanya aku nak ucapkan tahniah kepada Pro M yang telah bejaya memenangai PRK di UM walaupun menang dengan majoriti mudah tapi ni adalah satu peningkatan yang baik. Dah sehari berlalu PRK UM dan semua keputusan dah di ketahui umum. Bagi yangbelum tahu tu pandai-pandaila cari sendiri. Zaman sekarang mudah, guan tenet ja..

Sekalung tahniah juga kepada calon yang telah menang xkirala dari Pro M atau Gerak..Lakukan tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya..Kepada yang tewas usaha lagi, jgn putus asa, teruskan perjuangan anda, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.

PRK di UM kali ni panas juga..Sampai ada kes dua kepala babi dalam surau API. Sungguh tak bertanggungjawab dan tak bertamadun langsung org yang buat tu..Aku marah betul bila dapat tahu tentang berita ni..Kepada calon yang menang dalam PRK kali ni dan bakal menerajui pimpinan di UM aku harap dapat berusaha menyelesaikan isu ni..

Jangan biarkan pekara mcm ni berlaku lagi..Dulu dah berlaku dah kt surau Kolej kediaman kedua,surau kena conteng dan al-Quran dikoyak, kali ni jadi pulak kat surau API..memalukan. Yang aku heran kenapa semua berita ni nak dirahsiakan? dimana sensitiviti org Islam klu pekara tu dirahsiakan?? perkara ni langsung xkeluar di dada akhbar utama dan tv tempatan. Malaysiakini dan harakahdaily ada melaporkan pekara ni..

Kepada bakal-bakal MPMUM tahun ni, pastikan pekara mcm ni xberulang dan tunjukkan kuasa pelajar. Sesungguhnya mahasiswa mampu memimpin menjadi yang terbaik..Jgn dengar cakap orang politik yang mengatakan mahasiswa sekarang lemah, tapi mereka xsedar, kerana merekalah sifat kepimpinan mahasiswa tenggelam..

sekian...
Zulkarnain Jalauddin