Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Esok (23 Jan) adalah hari terakhir kuliah sebelum semua IPTA/S mula bercuti semperna tahun baru cina..Kebanyakan Universiti cuti selama seminggu dikira sekali cuti mid sem..Mesti ramai pelajar akan balik ke kampung masing-masing xkira la yang sambut tahun baru cina ataupun tidak..
Pagi tadi lagi aku dah nampak ada pelajar yang dah mula pulang ke kampung, mungkin sebab kelas esok dah xder kot. Petang tadi lagi ramai yang dah mula balik dan aku jangkakan esok bertambah ramai lagi yang akan pulang ke kampung..
Aku ada lalu kat area puduraya pagi tadi dan aku tengok shuttle bus pun dah ada kt situ..bagi sapa yang nak balik ke utara kena naik bus kat jalan duta, bagi yang balik ke selatan kena naik bus kat puduraya..pantai timur pula tempat biasala kat stesen putra..aku rasa sapa yang dok kat KL ni dah sedia maklum bila tiba hari raya..
Aku pula akan menuju ke utara sebab rumah aku kat kedah, tapi aku xdapat balik esok sebab tiket bas habis untuk hari jumaat dan sabtu. yang tinggal tiket hari ahad ja. aku xdak pilihan amik jugak tiket hari ahad pagi..aku xkisah sangat kalau lambat sikit, asalkan aku dapat balik rumah n dapat jumpa family aku..tu yang penting..
Kepada sesiapa yang sama mcm aku tu harap bersabar jela noh..pelajar yang akan pulang ke rumah masing-masing esok, jalan bebaik, jaga diri anda..masa naik kenderaan tu jangan lupa baca doa semoga selamat sampai rumah masing-masing..jangan seronok sangat dengan cuti tu..buat menda yang paedah masa cuti..
Kepada kaum cina aku ucapkan selamat tahun baru cina..have a nice holiday..
sekian...
Zulkarnain Bin Jalauddin
No comments:
Post a Comment